Alamak, apa nak jadi dengan remaja sekarang. Kecanggihan teknologi bukannya nak digunakan ke arah kebaikan, tetapi mereka menyalahgunakannya ke jalan yang merosakkan mereka. Terbaru menerusi sebuah portal berita, ada laporan mengenai remaja yang gemar bertukar gambar bogel menerusi telefon bimbit mereka.

Laporan mereka menyebut berkenaan aktiviti segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang. Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.

remaja tukar gambar bogel wechat

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat. Mia berkata dia pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepadanya dan meminta dia menghantar gambar sama kepada mereka. Selepas itu ada yang ajak dia ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang.

Nampaknya gejala ini susah juga untuk ditangani kalau bukan kerana sikap individu itu sendiri. Boleh juga kita samakan dengan kata pepatah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Begitulah juga dengan apa yang berlaku kepada gadis-gadis ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.