Belum reda dengan isu ‘rampas’ isteri orang, pelakon Adi Putra yang baru melangsungkan pernikahan dengan isteri keduanya Nor Shahida Zolkifly, 33, pada 20 Jun 2016 lalu kini dipalit pula dengan isu baru.

Menerusi sumber Berita Harian, isteri kedua Adi iaitu Nor Shahida, adalah antara yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

RESPON ADI PUTRA ISU ISTERI KEDUA DITAHAN KES SELUDUP WARGA ASINGGambar BH Online

Sumber berkata, Nor Shahida ditahan di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa lalu dalam operasi khas polis jam 4.30 petang. Wanita itu sebelum ini pernah bertugas sebagai Penyelia Gred 27 di Kaunter Imigresen KLIA sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya, susulan kenaikan gred kepada 32.

Selain daripada isteri Adi Putra, dua kakitangan Imigresen yang pernah bertugas bersamanya di KLIA, turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.

Respon Adi Putra Isu Isteri Kedua Ditahan Kes Seludup Warga Asing

Sementara itu, Adi Putra atau nama sebenarnya Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 35, ketika dihubungi untuk mengulas perkembangan terkini membabitkan isterinya itu, berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi menerusi mesej WhatsApp, semalam.

Pihak polis kini dalam usaha menyiasat dan membanteras sindiket penyeludupan warga asing, majoritinya dari Bangladesh, berikutan penahanan lebih 15 penjawat awam, sebahagian besarnya Imigresen, dalam beberapa siri tangkapan sejak bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, semua mereka termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah,” katanya dipetik sumber Bernama pula.

Noor Rashid berkata, polis tidak menolak kemungkinan ada pegawai kanan Imigresen yang terbabit dalam kes itu. Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terbabit. Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Menurut sumber berita itu lagi, suspek yang terlibat dipercayai memperoleh sogokan sehingga RM2,000 untuk ‘bantu memudahkan’ urusan kemasukan warga asing berkenaan. Mereka juga didakwa memperoleh sekitar RM60,000 hingga RM80,000 untuk tempoh 3 bulan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.