Sepertimana yang kita tahu, kerusi DUN Kajang sudah dikosongkan. Ammboi bukannya nak sangat campur bab politik ni, cuma terpanggil dengan satu khabar angin yang mendakwa, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber berita, cadangan berkenaan diajukan oleh Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul memandangkan popularitinya mungkin yang dapat menandingi calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disahkan bakal bertanding. Cadangan itu mungkinbakal dipertimbangkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai.

chong wei vs anwar ibrahim

Bagaimanapun isu berkenaan bertambah menarik apabila, Chong Wei memberi respon mengenai isu tersebut. Menerusi satu laporan akhbar, Chong Wei memberitahu langsung dia tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

“Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut.” Jelas Chong Wei selain menolak untuk memberikan komen lebih lanjut tentang kesediaannya untuk menukar haluan ke bidang politik jika diberi peluang. Katanya, dia belum berfikir tentang perkara tersebut buat masa ini.

Terdahulu, dua calon popular iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai dan Lee Chong Wei adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.