Pelik juga ammboi dengan perangai dan sikap Shahz Jaszle. Kalau masa dia ditangkap khalwat, bukan main lagi mahu mempertahankan hubungannya dengan tunang Redzwani Puteri. Semasa keluarga pihak perempuan umum putus tunang, boleh dikatakan Shahz yang cukup kuat pertahankannya dan berusaha memujuk Puteri.

Kini, kes berkenaan masih belum selesai, peminat pun tahu hubungan Shahz dan Puteri kembali bertaut, tiba-tiba beliau umum sudah putus tunang dengan Puteri dan mempunyai kekasih baru bernama Hanis Husna. Dengan itu, penuhkan komen kat laman sosial milik Hanis mengenai isu dia merampas Shahz dan pelbagai kutukan lagi diterimanya gara-gara isu tersebut.

hanis husna kekasih baru shahz jaszle

Oleh itu, menerusi laporan Harian Metro hari ini, Hanis mengakui rasa tertekan dengan gelaran ‘perampas’ yang diberikan orang ramai kepada dirinya. Hanis juga berkata, tohmahan segelintir pihak terhadapnya tanpa mengetahui status sebenar pertunangan aktor itu adalah tidak adil dan mengecewakan dirinya.

“Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang luar tidak tahu cerita sebenar. Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shah dan tunangnya. Memang saya kekasih Shah tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Malah benda ini sudah lama berlaku cuma orang luar tak tahu.”

Orang luar tak tahu itu perkara biasa, tapi kalau bekas tunang sendiri iaitu Redzwani Puteri tak tahu yang pertunangannya dengan Shah Jaszle sudah putus, itu adalah kes berat. Tak apalah, orang mabuk bercinta. Semua benda nampak manis je kan? Kepada Hanis Husna, selamat bercinta dengan Shah Jaszle. Jangan 2,3 minggu lagi Shah Jaszle upload gambar dengan perempuan lain sudah lah. Hehehe.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.