Respon Tan Sri Annuar Musa isu Mara gantung jawatan kerana taja Kelantan! Sebagaimana yang kita maklum, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah gantung tugas dan jawatan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa serta merta hari ini.

Annuar yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad akur dan berlapang dada dengan keputusan berkenaan.

Respon Tan Sri Annuar Musa isu Mara gantung jawatan kerana taja Kelantan!

Jelasnya melalui entri laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi, beliau menerima panggilan telefon daripada Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad dan Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yaacob mengenai mesyuarat khas yang diadakan dan keputusan penggantungan tersebut.

“Mereka memaklumkan telah mengadakan mesyuarat khas majlis atas restu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob. Sebagai penjawat jawatan yang dilantik menteri, saya menerima apa saja secara berlapang dada dan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam rangka menjalankan tugas yang di amanahkan kepada saya. Prinsip integriti dan amanah, Insya-ALLAH sentiasa saya utamakan,” katanya.

Annuar yang kini berada di luar negara atas urusan rasmi Mara hari ini baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat bersama Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (Universiti Otago).

Berdasarkan sumber berita, Tan Sri Annuar Musa digantung tugas daripada jawatan tersebut berikutan daripada isu tajaan bola sepak oleh PMB buat skuad Kelantan.

Beliau tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat tersebut?

Bagi menghormati penggantungan tersebut, katanya, beliau akan membatalkan pertemuan dengan Naib Canselor Universiti Auckland yang dijadualkan esok, sebelum pulang Khamis ini.

Dalam entri tersebut juga, Annuar turut memberitahu, beliau tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat tersebut dan apa yang dibincangkan malah sehingga kini beliau tidak meminta sebarang penjelasan, sama ada daripada ahli majlis mahupun pihak menteri sendiri.

“Mesyuarat majlis di jadualkan pada 14 Februari ini dan saya bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan tetapi nampaknya menteri telah memberi persetujuan untuk mesyuarat khas di adakan terlebih awal dan tanpa kehadiran saya. Saya akan membuat kenyataan selanjutnya minggu depan. Biar segalanya tenang dulu dan tidak perlu terburu buru,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.