Restoran Best Time Family Cafe And Grill – Shaheizy Sam Buka Kedai Makan | Wah, nampaknya pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2012, Shaheizy Sam kini telah membuka sebuah restoran. Restoran berkenaan diberi nama Best Time Family Cafe & Grill, kafe di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu dibuka berdasarkan minat pelakon itu sendiri terhadap bidang perniagaan.

Menurut Shaheizy Sam, dia mengambil langkah memulakan kerjaya baru itu dengan membuka sebuah kafe sebagai langkah persediaan masa depannya. Katanya dia sedar bidang lakonan mungkin tidak akan bertahan lama.

Best Time Family Cafe And Grill

“Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami. Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri,” jelasnya dalam laporan Malaysia Digest.

Restoran-Best-Time-Family-Cafe-Grill

Ok la tu. Langkah pertama. Bila lagi nak cuba buat pelaburan kan. Antara artis yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan makanan ini adalah Linda Onn. Semoga perniagaan Shaheizy Sam terus maju.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.