Restoran Digesa Buang Mangkuk Kencing Berbentuk Mulut Wanita | Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya Sydney, Australia digesa membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.

Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah. Pihak restoran berkenaan juga memohon maaf diatas isu berkenaan.

“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.

Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.