Selepas tujuh tahun menabur bakti untuk Malaysia, jurulatih kelahiran Indonesia, Rexy Mainaky mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad badminton kebangsaan bagi menyahut cabaran baru di Filipina. Keputusan Rexy itu hadir ketika Sukan Olimpik tinggal kurang empat bulan untuk membuka tirai, sekali gus meninggalkan beregu wanita negara terkapai-kapai bagi menghadapi temasya London.

Walaupun mengakui gembira dengan layanan yang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak melapor diri pada Jun, 2005, namun ia tidak cukup untuk mengekalkan bekas juara Olimpik dan dunia itu untuk terus berkhidmat di negara ini.

Sambil menegaskan pemergiannya ke Filipina bukan kerana wang tetapi lebih kerana mahukan cabaran baru, Rexy enggan mengulas saat ditanya mengapa beliau mahu pergi sekarang dan tidak menunggu sehingga tamat Temasya London, 27 Julai hingga 13 Ogos 2012  ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.