Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan Endometriosis dalam rahimnya pada awal September lalu. Pembedahan berkenaan berjaya dan Scha dilaporkan sudah dibenarkan keluar hospital beberapa hari kemudian.

awal-ashaari-scha-alyahya-bertudung

Memetik laporan Sinar Harian, Scha menyifatkan ia sebahagian dari dugaan dalam hidupnya, isteri kepada hos terkenal, Awal Ashaari, ini bagaimanapun, memanjatkan rasa syukur kerana penyakit itu tidak menjejaskan rahimnya. Sebagai wanita, tipulah sekiranya dia tidak berasa risau dengan penyakit itu, sementelah ia melibatkan sistem reproduksi yang menghasilkan zuriat. Malah akui Scha, suamilah yang paling risau dengan situasi yang dialaminya.

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan selamat,” ujar Scha yang turut memuji sikap Awal yang sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.

Menyentuh mengenai cahaya mata, Scha berkata, seperti pasangan lain, dia dan Awal juga sudah bersedia sekiranya dikurniakan rezeki dari ALLAH SWT. Namun kesibukan karier, membuatkan mereka tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Memang saya sudah bersedia untuk bergelar ‘mummy’, Tapi buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing,” katanya ringkas.

p/s: Tak apalah, ada rezekilah tu. Banyakkan berdoa. Semoga diberikan kesihatan yang lebih baik.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.