‘Rita Rudaini Profesional, Mudahkan Kerja Saya Bawakan Watak Suami Isteri Bersamanya’ – Adi Putra | Peminat Rita Rudaini dan Adi Putra bakal melihat mereka digandingkan dalam drama bersiri terbaru, Sehangat Asmara yang akan mula ditayangkan pada 21 Januari 2012 ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134). Mungkinkah gandingan Adi Putra dan Rita Rudaini ini bakal menyaingi drama Adam dan Hawa menerusi gandingan Aaron Aziz dan Nadiya Nisa?

Menerusi laporan Kosmo Online, Adi Putra yakin drama yang diadaptasikan dari novel nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal,” jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita Rudaini dalam drama berkenaan.

adi putra dan rita rudaini

Selain itu, Adi Putra mengakui selesa bergandingan dengan Rita Rudaini. Jelasnya, dia memuji sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.

“Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya,” katanya.

Sinopsis dan Pelakon Drama Sehangat Asmara | Sehangat Asmara berkisar ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia. Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara. Sehangat Asmara diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan pelakon hebat seperti Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.