Rita Rudaini Terima Lamaran, Sedia Jadi Isteri Rosyam Nor? | Rita Rudaini memberitahu dalam sebuah portal hiburan, beliau sudah sah terima lamaran untuk menjadi isteri Rosyam Nor. Ya, betul. Memang dia sudah terima lamaran berkenaan, namun cuma dalam filem Balistik. Beliau akui diterima lamaran berkenaan kerana dia tahu produser hebat ini seringkali memberikan watak yang terbaik buat dirinya.

“Sebenarnya, sebelum ini Rita ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain. Namun, Rita tidak terima tawaran berkenaan kerana berasakan ianya tidak bersesuaian dengan Rita. Namun, Rita setuju untuk terima berlakon dalam filem Balistik kerana Rita tahu Rosyam tidak pernah mengecewakan Rita.

“Buktinya, setiap kali drama yang Rita berlakon di bawah syarikat produksinya, pasti ianya akan memberikan impak yang bagus buat diri Rita. Lagipun, Rita pun serasi bekerja dengan dia,” jelasnya.

Bagi ammboi sendiri memang Rita dan Rosyam ada keserasian. Memang ada ‘feel’ la kalau Rita Rudaini dan Rosyam Nor digandingkan bersama. Apa sesiapa yang sependapat dengan ammboi?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.