Peruntukan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Sesi September 2012 | Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukan RM70.2 juta lagi sebagai bayaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada 46,824 pelajar bagi sesi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta September ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Said, berkata wang pendahuluan sebanyak RM1,500 untuk setiap pelajar itu membolehkan mereka membuat pelbagai bayaran, sekali gus meringankan bebanan mereka. Katanya sehingga 31 Julai 2012, PTPTN mengeluarkan peruntukan RM856.9 juta bagi WPP kepada 583,634 pelajar. Beliau juga berkata, setakat akhir Julai lalu, PTPTN memberi pinjaman lebih RM44 bilion kepada seramai 1.94 juta pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.