Robert Pattinson Lelaki Paling Seksi 2012? | Pelakon utama filem Twilight, Robert Pattinson mengungguli carta Lelaki Paling Seksi buat kali keempat berturut-turut menurut majalah Glamour United Kingdom (UK). Kontroversi memalukan yang melanda dirinya akibat kecurangan kekasih hati, Kristen Stewart dilihat hanya meningkatkan lagi tahap populariti pelakon itu di kalangan peminat wanita.

Senarai yang dipilih dengan melalukan undian umum itu meletakkan 100 lelaki paling seksi dari Hollywood serta seluruh dunia. Tempat kedua dimiliki oleh pelakon The Avengers, Tom Hiddleston manakala undian umum meletakkan Johnny Depp yang popular dengan watak kapten lanun, Jack Sparrow di tempat ketiga. Pelakon Michael Fassbender yang dikenali ramai menerusi lakonannya sebagai Leftenan Archie Hicox dalam filem Inglourious Basterds menduduki tempat keempat dalam senarai itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.