Siapa tidak kenal Datuk Rosyam Nor mahupun Rita Rudaini. Mereka antara pelakon popular yang sering memeriahkan industri hiburan di negara kita. Siapa sangka, kedua-duanya kini semakin berusia.

Tahun ini, Rosyam memasuki usia 47 tahun, manakala Rita berusia 38 tahun. Tapi, mereka ini masih berbisa. Tidak hairanlah jika mereka masih lagi diangkat sebagai hero dan heroin dalam layar perak mahupun lakonan TV. Nyata, usia bukan ukuran. Apa yang lebih penting, kredibiliti, disiplin kerja dan populariti sebagai pelakon hingga meletakkan Rosyam dan Rita dalam pelakon ‘kelas pertama’ yang masih dipandang dan diminati ramai.

rosyam nor dan rita rudaini

Rosyam, biarpun usianya sudah menginjak 47 tahun dan bakal mempunyai cucu tidak lama lagi, tetapi bakat besarnya meletakkan dirinya masih tetap sebaris seperti pelakon muda popular lain. Berilah apa saja karakter, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2003 itu mampu memberi impak besar. Melangkah ke dunia lakonan seawal usianya 17 tahun, sehingga hari, hampir 30 tahun Rosyam masih bertahan industri perfileman sehingga mampu bergelar produser berjaya. Lihat saja lakonannya dalam filem KL Gangster 2 sebagai watak Tai Long, Rosyam mampu ‘membaham’ semua karakter lain dalam filem arahan Syamsul Yusof itu. Tai Long juga mampu melenyapkan gelaran Castello yang sekian lama dipegang.

Tanpa berselindung, Rosyam akui: “Saya pernah berada di kemuncak apabila memenangi Bintang Paling Popular, ABPBH 2003 dan banyak anugerah lain sepanjang hampir 30 tahun bergelar pelakon.”

Begitu juga Rita, wajahnya masih terserlah di kaca TV dengan watak-watak sedih dan memendam rasa, biarpun wajah baru dan muda silih berganti datang dan pergi, namun Rita masih berada di puncak persada tersendiri. Rita Rudaini mengakui dia sudah lama merindui berlakon di sisi Rosyam selepas sekian lama tidak bergandingan sama ada dalam filem mahupun drama.

“Tawaran Rosyam berlakon dalam filem Balistik umpama bulan jatuh ke riba. Sudah lama kami tidak bergandingan bersama. Kali terakhir saya berlakon dalam drama Trilogi Cinta dengan Rosyam. Dan sudah lima tahun saya tidak berlakon filem selepas filem terakhir, Cinta pada 2007. Jika ditakdirkan Rosyam menawarkan dua atau tiga babak pun saya tetap menerimanya kerana saya tahu kredibiliti Rosyam. Bagaimanapun, Alhamdullillah… Rosyam menawarkan saya antara watak penting sebagai Selena dalam filem Balistik. Tidak dinafikan, saya banyak menerima tawaran berlakon filem tetapi terpaksa ditolak. Kebanyakannya mahu saya berlakon komedi.”

Fuh, sudah tentu ramai yang ternanti-nantikan gandingan Rosyam dan Rita kan? Mereka akan muncul dalam filem Balistik yang akan ditayangkan pada 9 Januari 2014. Sebelum itu jom baca sinopsis atau melihat trailer filem Balistik dibawah:

Sinopsis Filem Balistik

balistik poster 2014

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.  Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.

BALISTIK OFFICIAL TRAILER (9 JAN 2014)

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.