Rozaimi Kini Sah Milik Selangor | Penyerang muda sensasi Sabah, Rozaimi Abd. Rahman pantas disambar pasukan gergasi, Selangor dalam misi mencabar kejuaraan Piala Malaysia 2012. Rozaimi yang muncul penjaring terbanyak sepanjang kempen Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar akan mewakili Red Giants untuk Piala Malaysia nanti.

Menerusi sumber laman penyokong Selangor FC, Rozaimi akan menjadi pemain pinjaman (loan) pertama Selangor. Rozaimi akan menyertai barisan penyerang Selangor yang kini memiliki rangkaian penggempur berbisa, Bosko Balaban, Amri Yahyah dan beberapa orang lagi. Penyokong Selangor nampaknya menyambut baik kehadiran bintang muda ini dan mereka berharap Rozaimi mampu membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 2012. Kredit Image :  Selangor FC

p/s : mesti persaingan lagi menarik…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.