Rozita Che Wan Bercuti Dengan Bekas Menteri Ke Kota London? | Alamak, sekali lagi nama Rozita Che Wan naik. Kali ini beliau telah digosipkan dengan seorang VIP yang juga merupakan bekas menteri. Terbaru, ada dakwaan mengatakan dia telah terbang ke kota London, UK baru baru ini. Khabarnya siap dengan bukti tiket dan dokumen perjalanan terbabit.

Menurut laporan Sinar Harian Online, gosip tersebut juga menyebut dia menerima tiket percuma daripada VIP tersebut dan adiknya, Ayu Raudhah hadir bersama sebagai pengabur mata para peminat. Namun Rozita menafikan gosip berkenaan dan dia sendiri keliru dari mana cerita ini boleh timbul.

“Bekas menteri mana pula? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tidak faham dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul, Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya sudah lali dengan situasi seperti ini,” kata Rozita Che Wan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.