Rozita Che Wan Dan Shah Iskandar Bertunang? | Biar betul. Rozita Che Wan mengesahkan dia dan Shah Iskandar sudah bertunang. Dia dan Shah Iskandar sebelum ini telah dikaitkan dengan kontroversi bercinta dan mereka dikatakan semakin rapat sejak mereka digandingkan dalam satu telefilem. Namun, jangan salah faham. Bercakap kepada akhbar Berita Harian, Rozita memberitahu dia dan pelakon kelahiran Singapura itu sebenarnya telah bertunang hanya dalam telefilem sahaja.

Apa yang diberitahunya itu hanya selorohnya sahaja. Rozita menjelaskan dia menjadi tunang kepada Shah Iskandar hanya dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro Prima pada 25 Disember 2012 ini. Rozita berlakon sebagai Idora dan Shah Iskandar sebagai Syed. Zain Saidin pun turut berlakon sebagai Kamal yang menjadi ‘anak ikan’ kepada Idora.

Mengenai hubungan rapatnya dengan Shah Iskandar dan Zain Saidin, Rozita menjelaskan dia berkawan baik dengan mereka semua sebagai rakan sesama artis sahaja. Sementara Shah Iskandar pula menjelaskan, “Cik Ta hanyalah kawan baik saya. Dia kelakar dan cepat mesra.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.