Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Akan Adakan Majlis Khas Umum Tarikh Nikah | Pelakon popular, Rozita Che Wan, 42, menafikan bahawa dia bakal bernikah dengan Zain Saidin, 29, pada Julai ini. Bagaimanapun dia menganggap berita berkenaan hanyalah hasil salah faham.

Menurut Rozita, dia dan Zain Saidin tidak akan bertunang, sebaliknya terus berkahwin kerana kedua-duanya sudah saling mengenali. Katanya, Zain akan menghantar rombongan merisik dan jika diizinkan Tuhan, mereka berhasrat untuk diijabkabulkan pada tahun ini juga.

rozita_che_wan

Mengenai perkahwinannya nanti, Rozita berkata dia tidak terlalu memikirkan acara persandingan kerana paling penting buatnya ialah akad nikah serta kehidupan selepas bergelar suami isteri. Apatah lagi ia perkahwinan kedua buat wanita ini.

“Saya tak memerlukan pelamin harga berjuta-juta, sederhana saja sudah cukup. Tengoklah bagaimana nanti. Kalau soal kahwin ini agak sulit, mungkin saya akan mengambil cuti yang lama untuk menguruskannya. Begitupun buat masa ini saya tak rasa perlu berbuat begitu,” tambahnya yang merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak bersama Zain.

Rozita dan Zain memberitahu media bahawa mereka akan adakan sebuah majlis khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka nanti. – Sumber BH Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.