Rozita Che Wan Nafi Kenali Jejaka Bernama Bob? | Ada khabar angin yang menyatakan aktres cantik melentik, Rozita Che Wan mahu menamatkan zaman solonya hujung tahun ini. Namun seperti biasa, itu cuma khabar angin dan ianya telah dinafikan sendiri oleh Rozita menerusi penjelasannya dalam portal mediahiburan.com.my hari ini.

Kata Rozita, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip tersebut tersebar sedangkan dia sendiri tidak mengenali lelaki bernama Bob yang dikaitkan dengannya itu.

“Lucu juga sebab ini bukan kali pertama saya dikaitkan dengan lelaki dan terbaru, lelaki tersebut kononnya merupakan seorang ahli pernigaan dari Johor Bahru. Saya sendiri tidak tahu akan kewujudan lelaki berkenaan apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga,” jelas Rozita Che Wan yang akan bercuti selama seminggu bersama adiknya, Ayu Raudhah ke Belanda dan Paris awal Oktober depan.

Mengulas mengenai kisahnya yang dikatakan suka mencari lelaki yang berharta pula, Rozita mempunyai jawapannya yang tersendiri;

“Jujur saya cakap setiap orang pasti akan memilih yang terbaik untuk dijadikan suami atau isteri, begitu juga dengan saya. Jadi sudah tentulah saya akan pilih yang terbaik untuk diri dan anak-anak. Pasal duit atau harta itu semua subjektif. Duit boleh cari tetapi lelaki yang baik bukan mudah untuk ditemui,” ujar Rozita Che Wan lagi mencerahkan peluang sesiapa yang berminat.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.