Rumah Imuda Dirompak | Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali dipecah masuk pencuri baru-baru ini. Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang selepas bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

“Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya. Imuda turut menjangkakan suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji depan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

“Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur,” kata Imuda semasa menceritakan kejadian pencuri pecah rumahnya itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.