Rumah Lelaki Hina Nabi Muhammad Kena Serang | Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang bernama Gopinath Jayaratnam yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam. Pengguna Facebook itu telah membangkitkan kemarahan apabila statusnya menghina Nabi mula disebarkan oleh blog-blog.

Antara statusnya ditulis, “Nabi Muhammad SAW mengadakan hubungan seks dengan ALLAH…”.

Ekoran dari itu, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan nombor plat kereta juga telah disebarkan. Namun individu dengan akaun nama yang sama juga telah memohon maaf selepas menyedari akaunnya menjadi perhatian sejak beberapa jam lalu. Dia memohon maaf dengan mendakwa akaunnya itu digunakan orang lain kerana telah digodam.

“Saya sudah lama tidak aktif Facebook kerana sibuk belajar, saya tidak pernah berminat memaki mana-mana agama. Logiknya tidak mungkin saya sendiri duduk di Malaysia dan berani buat perkara terkutuk sebegini dengan akaun dan gambar saya sendiri,” katanya.

Menurut laporan dari beberapa sumber, ada yang mengatakan rumah lelaki berkenaan (Gopinath Jayaratnam) telah diserang oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan ‘bodohnya’ itu. Apapun alasannya, mintak pihak polis dan SKMM menyiasat perkara ini dengan sebaiknya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.