Sebut sahaja tentang percutian, kami yakin anda pasti berasa teruja. Ianya boleh dikatakan satu short escape yang sangat diperlukan setelah berhempas pulas bekerja.

Selain itinerari percutian, semestinya tempat penginapan merupakan antara aspek yang anda fikirkan sebelum bercuti, bukan? Hotel, inap desa atau chalet – pilihan-pilihan tempat penginapan ini pun mula menjengah di minda.

Jika anda merupakan penjawat awam atau pesara kerajaan, tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)? Tertanya-tanya tentang RPP? Teruskan membaca.

Apakah RPP?

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan kemudahan penginapan yang diwujudkan khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan. Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.

RPP mempunyai lokasi tersendiri di seluruh Malaysia dan lokasinya juga cukup strategik. Kebanyakannya RRP terletak di tempat yang menjadi tumpuan pelancongan, jadi anda tak perlu risau. Guna sahaja peranti GPS, pasti senang untuk dijumpai.

Syarat Permohonan RPP

Mengambil kira keadaan pandemik sekarang, semestinya syarat permohonan RPP harus selaras dengan SOP yang ditetapkan. Untuk itu, berikut merupakan syarat atau tatacara permohonan untuk RPP:

(a) pemohon perlu mendaftar dalam Sistem Bersepadu BPH (SBBPH);
(b) hanya pemohon yang telah lengkap divaksin dibenarkan; Kriteria Vaksinasi
Lengkap:
i. bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty
(Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford AstraZeneca),
CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)), individu
berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos
kedua; atau
ii. bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID19
Janssen (Johnson Johnson) dan Convidecia (CanSino)), individu berkenaan
mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

(c) bayaran adalah secara atas talian (online);
(d) waktu mendaftar masuk mulai jam 2.00 petang hingga 5.00 petang sahaja; dan
(e) masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2015 Peraturan bagi
Menggunakan RPP

Jenis-jenis RPP

Ada 2 jenis Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang disediakan:

  • Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Eksekutif – disediakan untuk kemuudahan semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, pesara-pesara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta dipanjangkan kepada semua anggota Perkhidmatan Badan Berkanun
  • Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Premier – disediakan untuk anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan bermula daripada anggota Perkhidmatan Awam gred 48 ke atas dan yang setaraf dengannya.

Lokasi RPP Eksekutif

rpp cameron
Imej via BPH
  • RPP Port Dickson;
  • RPP Morib;
  • RPP Tasik Kenyir;
  • RPP Cameron Highlands;
  • RPP Pulau Langkawi – Federal Villa;
  • RPP Bukit Fraser;
  • RPP Pulau Pinang; dan
  • RPP Pulau Pangkor.

Lokasi RPP Premier

rpp london
Imej via BPH
  • RP Tanjung Tuan, Port Dickson;
  • RP Cameron Highlands;
  • RP Bukit Fraser – The Lodge;
  • RP Labuan;
  • RP Singapura;
  • RP Banglo VIP, Port Dickson; dan
  • RP London (termasuk RP Transit Sipson Middlesex).

Kadar Sewaan RPP

Berikut ialah kadar sewaan untuk Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Eksekutif:

Berikut pula ialah kadar sewaan untuk Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Premier:

* Kadar sewa kemudahan tertakluk kepada caj semasa yang telah ditetapkan oleh BPH.

** Kadar sewa tertakluk kepada cukai semasa Kerajaan

*** Waktu Puncak – Sabtu/Ahad, Cuti Umum Persekutuan dan Cuti Sekolah.

**** Waktu Luar Puncak – Hari selain yang telah diklasifikasikan sebagai Waktu Puncak

Cara Menempah RPP di SBBPH

Untuk makluman anda, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) kini lebih mudah dengan adanya SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah.

Dalam post ini ammboi akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara untuk mohon Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara atas talian menerusi SBBPH.

1 – Kunjungi laman web SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah. Anda dikehendaki mendaftar sebelum menggunakan sistem tempahan online ini. Proses pendaftarannya mudah sahaja. Apabila selesai, satu emel pengesahan yang mengandungi kata laluan sementara akan dihantar kepada anda.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

2 – Kemudian, anda boleh log masuk ke laman SBBPH dengan menggunakan MyID dan kata laluan sementara yang diberikan. Paparan dashboard seperti di bawah akan muncul.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

3 – Peringatan – Sila tukar kata laluan anda apabila berjaya log masuk. Pengguna kali pertama akan diminta memasukkan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan pemulangan wang sekiranya tempahan dibatalkan.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

4 – Pilih tab RPP Premier/ Eksekutif dan kini anda boleh membuat tempahan online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang ada disediakan.

5 – Kemudian, anda dikehendaki memasukkan tarikh untuk semakan kekosongan RRP. Sekiranya tiada kekosongan, anda dikehendaki untuk memasukkan tarikh baru. Jika ada kekosongan, paparan seperti dibawah akan muncul. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu masukkan sekali lagi tarikh masuk dan keluar sebagaimana yang dikehendaki.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

6 – Langkah seterusnya adalah untuk tempahan. Klik TEMPAH SEKARANG dan paparan mengenai peraturan berkaitan dengan RRP akan muncul. Ia termasuklah bayaran deposit RM50 untuk kelengkapan yang disediakan.

RPP

7 – Setelah anda bersetuju dengan semua peraturan yang diberikan, barulah anda akan dibawa masuk ke bahagian pembayaran. Untuk makluman, anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk mengesahkan tempahan. Pembayaran boleh dilakukan melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit. Anda boleh menyemak tempahan anda apabila pengesahan bayaran telah dibuat sebagaimana contoh paparan dibawah (sudah berjaya mohon).

RPP

Kesimpulan

Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan online Rumah Persekutuan ini hanya dibuka 3 kali setahun berdasarkan jadual diatas. Semoga info yang ammboi kongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.

Rujukan:

  1. Garis Panduan RPP
  2. BPH

Penulis: Hani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.