Sabhi Saddi Akui Sudah Berkahwin, Kini Sudah Ada Anak? | Banyak sebab yang boleh dikaitkan apabila seseorang selebriti merahsiakan perkahwinan atau status mereka. Ada yang tidak mahu mengaitkan keluarga mereka dengan dunia hiburan, ada yang takut hilang populariti dan ada juga yang cuba merahsiakan sesuatu. Terbaru, penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Saddi didakwa telah berkahwin secara diam-diam dengan seorang gadis.

Gosip Sabhi Saddi sudah berkahwinn telah tersebar luas dan menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Lebih mengejutkan, hasil perkahwinannya itu dia dikatakan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang juga dirahsiakan identitinya. Ikuti penjelasan Sabhi Saddi berkenaan isu itu dan kenapa beliau merahsiakan perkahwinannya dibawah yang ammboi petik dari temubual akhbar Kosmo!.

anak dan isteri sabhi saddi

Sabhi Saddi, 29, akui dirinya sudah bergelar suami kepada seorang gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan sejak Julai tahun lepas. Isterinya itu bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27 dan mereka sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat bulan, Sofea Reesya.

“Dia merupakan orang biasa. Kami diperkenalkan oleh kawan. Saya tak terfikir pun hubungan kami akan menjadi serius. Namun selepas rapat sebagai kawan selama setahun, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Apa yang boleh saya katakan, ia sudah rezeki dan jodoh kami. Kami sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat bulan, Sofea Reesya.” Jelas Sabhi Saddi dipetik dari laporan berkenaan.

Sabhi juga menjelaskan kenapa dia merahsiakan perkahwinan. Jelasnya hal perkahwinannya adalah urusan peribadinya. Oleh itu dia tidak mahu hal berkenaan dihebahkan kepada umum. Bagaimanapun setelah hal ini diketahui, Sabhi akhirnya bersedia untuk memperkenalkan isteri dan anaknya kepada umum.

“Perkara ini (perkahwinan) merupakan hal peribadi. Jadi, saya tak mahu hebohkan kepada umum mengenainya kerana saya rasa tak perlu. Biarlah saya sahaja yang tahu mengenainya kerana ia merupakan privasi saya. Insya-Allah hujung tahun ni. Sebelum ini saya bimbang kalau saya hebohkan tentang perkahwinan kami, orang akan kata macam-macam. Sebab, ada peminat suka saya berkahwin dan ada juga yang tidak suka. Sebelum ini, bagi saya, biarlah rakan-rakan rapat dan keluarga terdekat sahaja yang mengetahui tentang perkahwinan kami itu.” Kata Sabhi yang akan beraya di kampung isterinya pada Aidilfitri tahun ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.