Safee Sali Bercinta Dengan Julia Hana? | Hari-hari Jumaat pun kau sibuk dengan berita panas ammboi yer. Tapi minta maaf la, ini bukan sebarang panas tapi juga untuk meleraikan kontroversi. Sebelum ini hebah bintang bolasepak Pelita Jaya FC dan juga penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali bercinta dengan pelakon, Julia Hana. Ada yang mengatakan mereka pernah bercuti di Langkawi lagi tu.

Bagaimanapun pengurus Safee Sali, Zakaria Abd. Rahim berkata, Safee setakat ini masih solo. Beliau juga menjelaskan berita yang tersebar mengenai pemain bola sepak negara, Mohd. Safee Mohd. Sali, 28 bercinta dengan pelakon yang terkenal, Julia Hana Kamarudin hanya gosip semata-mata.

“Dia (Safee) tidak bercinta dengan mana-mana artis,” ujar Zakaria dalam Kosmo.

safee+sali+julia+hana

Zakaria menjelaskan isu gosip bahawa Safee Sali kononnya bercinta dengan Julia Hana, 33, disiarkan dalam sebuah portal berita yang mendakwa ada saksi melihat mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah pada 3 Oktober lalu. Mengulas mengenai gosip itu, Zakaria menjelaskan, Safee selama ini belum pernah menjejakkan kaki ke pulau pelancongan terkenal itu.

Katanya, pemain itu kini berada di Malaysia sejak bulan Ramadan lalu untuk berehat. Safee kini mewakili kelab Pelita Jaya, Indonesia dalam posisi penyerang. Perkahwinannya dengan Sabarina Yusof berakhir dengan penceraian pada April lalu. Mereka mempunyai dua anak perempuan yang kini dalam jagaan Sabarina.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.