Akhirnya kemelut yang melanda keluarga penyerang sensasi Malaysia dan Pelita Jaya FC ini sudah sampai ke kemuncak. Penyerang bola sepak negara, Safee Sali, hari ini sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Safee, yang bermain untuk Kelab Pelita Jaya di Indonesia, melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Fouzi Mokhtar semasa satu prosiding tertutup. Ezura Nashuha Abdul Hadi, peguam yang mewakili Sabarina, memberitahu pemberita bahawa selain daripada lafaz talak, prosiding hari ini juga menyentuh mengenai nafkah dan hak penjagaan serta melawat anak-anak.

Beliau berkata, hak penjagaan kedua-dua anak perempuan hasil perkahwinan pasangan itu pada 2007, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Sorfina, setahun diserahkan kepada Sabarina. Sabarina pula berkata, hari ini segalanya telah selesai dan berharap tidak ada lagi sebarang spekulasi mengenai kisah rumah tangganya semasa bersama Safee.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.