Tindakan menyiarkan berita palsu Safee Sali meninggal dunia memang melampau dan wajar dikenakan tindakan keras. Jika tidak, semakin ramai pihak yang sengaja ambil kesempatan menyiarkan berita palsu untuk meraih keuntungan.

Memetik sumber Astro Arena, Safee Sali, tidak menolak kemungkinan akan menyaman individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin palsu yang menjadi viral di laman sosial hari ini.

safee-sali-meninggal-dunia-hanya-berita-palsu

Perkhabaran mengenai Safee “meninggal dunia” tersebar luas di media sosial, dengan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu mengakui ia memberi kesan kepada ahli keluarganya.

Safee berkata dia akan mendapatkan nasihat peguam sebelum memutuskan tindakan selanjutnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan.

safee-sali-meninggal-dunia-hanya-berita-palsu-1

“Ini (kejadian) kali kedua berlaku, yang menyebabkan seluruh keluarga saya dalam kerisauan. Ia satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main.

“Saya perlu ambil tindakan dan pertahankan diri saya daripada perkara-perkara seperti ini. Sudah tentu, saya akan membawa perkara ini kepada peguam dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Safee.

Bekas penyerang kebangsaan itu turut menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kini berada di samping keluarganya di Johor Bahru.

“Alhamdullillah, saya sihat dan berada dalam keadaan baik di rumah bersama keluarga. Tidak ada apa-apa yang berlaku,” jelasnya dipetik sumber berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.