Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan dan juga Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali yang selamat bernikah dengan pasangan seorang wanita dari seberang, Shasha pagi tadi.  Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi SafeeSali_10 Official.

Majlis persandingan di pihak lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2013 di Bidor, Perak.

safee sali dan shasha nikah

Alhamdulillah. Safee telahpun selamat bernikah pagi ini. Terima kasih di atas doa kalian & sokongan yang diberikan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Safee & Shasha di dunia & akhirat kelak. – Facebook rasmi SafeeSali_10 Official

Safee sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.