Jutawan bola sepak negara, Safee Sali yang cuba mendapatkan perintah kembali taat daripada Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap isterinya, Sabarina Yusof hari ini menarik balik permohonan itu.

Peguam Syarie Norrasyada Osman yang mewakili penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya itu memaklumkan anak guamnya berbuat demikian atas alasan kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah. Hakim syarie Drs. Atras Mohamad Zin membenarkan permohonan Safee dan mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak kerana bersetuju mengakhirinya secara baik.

Sabarina diwakili peguam syarie Junaidah Bakar. Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini. Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.