Safee Sali Tidak Kenal Julia Hana Namun Akui Sudah Ada Kekasih Baru | Ammboi ada menyiarkan artikel mengenai gosip Safee Sali bercinta dengan Julia Hana?, dan dalam artikel berkenaan, Pengurus Safee telah menafikan khabar angin berkenaan. Kali ini pula kita ikuti penjelasan dari Safee Sali sendiri pula yang disiarkan menerusi laman murai.com.my.

“Saya tidak kenal siapa Julia Hana. Baru semalam saya google nama Juliana Hana. Saya tidak tahu siapa dia sebelum ini,” demikianlah reaksi Safee Sali apabila diserbu pihak media berikutan heboh gosip yang mendakwa dia dan pelakon itu sedang menyulam cinta. Safee Sali tenang memberi penjelasan mengenai dakwaan kononnya beliau pergi bercuti dengan pelakon seksi itu di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

“Saya tak ada pun di Langkawi seperti yang didakwa dan selama 28 tahun hidup saya, saya tak pernah menjejakkan kaki di situ. Mungkin itu adalah pelanduk dua serupa. Lagipun, ketika itu saya berada di Shah Alam untuk menjalani latihan bola sepak dan saya menyifatkan tindakan individu yang menyebar fitnah ini sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya tahu kisah ini pun semalam bila membacanya di laman blog.”

Tegas penyerang pasukan Pelita Jaya FC Indonesia ini lagi, “Ini kali pertama saya digosipkan dengan artis. Sebagai pemain bola sepak profesional, saya terkejut dengan isu ini dan ini merupakan satu pengalaman yang baru buat saya. Macam-macam kritikan yang saya terima sebelum ini dan saya dah biasa dengan gosip. Alhamdulillah, gosip ini tidak sedikitpun menganggu karier saya dan saya akan cuba sesuaikan diri dengan situasi seperti ini.”

Diminta mengulas mengenai gosip beliau dengan seorang model dari Indonesia pula, Safee menjawab, “Saya tak tahu gosip itu datang dari mana. Mungkin saya dah duda sekarang jadi orang cuba mencari publisiti untuk saya. Buat masa ini, saya lebih fokus untuk karier dan belum terfikir untuk berkahwin lagi. Saya terlampau sibuk dengan kerjaya dan dalam perancangan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Saya juga ingin memperkembangkan lagi karier saya dan teringin untuk menjadi jurulatih kelak,” ujar Safee Sali.

Walaupun dalam kesibukan, Safee berkata dia tidak pernah mengabaikan dua anaknya,Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2,, iaitu hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isteri, Sabrina Yusof. Katanya, kalau ada masa terluang dia akan menjenguk anak-anaknya. Sementara itu, Safee tidak menolak dakwaan yang mengatakan dia sudah mempunyai kekasih hati yang baru.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.