SAFIQ RAHIM RAKYAT MALAYSIA PERTAMA SERTAI LIGA INGGERIS | AKHBAR THE SUN MENYIFATKAN “SAFIQ SPECIAL FOR BLUEBIRDS”! | Akhbar UK, The Sun menyifatkan kehadiran Safiq Rahim sebagai satu kebaikan kepada kelab Cardiff City. Ramai yang teruja melihatnya menyempurnakan sepakan percuma ketika menentang Liverpool semasa kunjungan Liverpool Jelajah Asia 2011. Peminat Cardiff City menganggap Safiq Rahim mempunyai kebolehan yang baik. Namun ada juga komen negatif berkenaan Safiq Rahim. Ada yang mempertikaikan ketinggiannya selaku pemain tengah. Beliau yang berketinggian 5 kaki 7 inci ini dikatakan tidak mampu menggalas tugas berkenaan.

The Sun.UK

Peranan Kapten Skuad Harimau Malaya oleh Safiq Rahim juga dipertikaikan kerana maklumat yang mereka dapat dalam search engine menyatakan Norhafiz Zamani Misbah adalah Kapten Skuad Malaysia ketika ini. Maklumat berkenaan ammboi rasa tidak diupdate untuk berapa kurun rasanya. Sedangkan sah-sah dalam www.transfermarkt.co.uk ada memaparkan info pasukan negara yang terkini rasanya.

SAFIQ RAHIM BUKAN RAKYAT MALAYSIA PERTAMA BERAKSI DI LIGA INGGERIS?

Ada juga komen yang mengatakan Safiq Rahim bukan rakyat Malaysia pertama beraksi dalam Liga Inggeris kerana adanya seorang lagi pemain yang ‘berasal’ dari Miri, Malaysia sedang bermain dengan kelab Wigan di EPL. Namun demikian, pemain berkenaan ammboi tak kira macam pemain Malaysia dah sebab beliau telah memilih untuk mewakili negara kelahiran keluarganya, Scotland. Beliau merupakan Shaun Maloney.

SIAPA SHAUN MALONEY?

Shaun Maloney, 28 tahun dilahirkan di Miri, Sarawak pada 24 January 1983. Namun demikian, keluarga Maloney berpindah ke kampung halaman ibunya Aberdeen, Scotland ketika dia berusia 5 tahun. Menjelang usia 10 tahun, beliau telah menyertai kelab bola sepak yang pertama, Kincorth Boys ‘. Dia bermain dengan kerap untuk pasukan sekolah rendah, St Joseph. Pada usia 12 tahun , beliau berpindah ke Culter Boys kemudian pada usia 14 tahun, beliau menyertai Albion Boys.  Memulakan karier profesional dengan Celtic apabila pada mulanya menyertai kelab berkenaan selaku pelatih beliau kemudiannya diikat oleh Bekas Pengurus Aston Villa, Martin O’Neill pada Januari 2007 tetapi pulang kembali ke Celtic pada 2008 dengan nilai perpindahan £3 million. Kini beliau beraksi bersama Wigan apabila Wigan berjaya membawanya dengan kontrak 3 tahun berjumlah £850,000.

Apapun, sama-sama kita doakan kejayaan Safiq Rahim Cardiff City. Memang bukan kita yang kaya apabila dia terpilih, bukan kita juga yang popular bila beliau diambil Cardiff City, bukan kita juga yang dapat duit bila Cardiff City bayar gaji… tapi kita support beliau sebab beliau sedang bawa nama negara kita, beliau sedang membuka lembaran baru dalam sejarah bola sepak kita, beliau juga sedang mencuba untuk menjadikan Malaysia sebagai lubuk pemain berbakat dari Asia Tenggara! Takkan doa pun nak kedekut kot!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.