Patutlah Saiful Apek marah sangat dengan David Teo. Rupanya ayat yang digunakan olehnya itu memang melampau ‘hina’ tahapnya. Ada ke patut David Teo kata allahyarham Bob Kuman minta sedekah dengannya. Menurut laporan sebuah media hiburan, pelawak terkenal, Saiful Apek dipercayai memberi amaran kepada penerbit filem terkenal, David Teo, menerusi laman facebooknya sebagai respon terhadap kenyataannya dalam rancangan Melodi yang disifatkan kurang sensitif dengan penderitaan sahabat baiknya, Allahyarham Bob Kuman.

Berikut ammboi kongsikan petikan kenyataan David Teo yang disiarkan dalam sebuah blog hiburan :

“… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu minta sedekah, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah”

Berdasarkan kepada cerita arwah, semasa hayatnya, allahyarham mendakwa pihak produksi mengabaikan dirinya yang terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat pada penghujung 2010. Bagaimana pun, David Teo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal, tahun lalu.

Apapun harap masalah ini dapat diselesaikan segera. Biarlah arwah pergi dengan aman, jangan diungkit lagi benda yang sudah lepas. Mana yang masih ada ‘isu’ dengan arwah tu harap lupakan dan halalkan sahajalah. Kita tidak, ramai saudara artis lain ada dan berkongsilah untuk membantu menyelesaikan ‘hutang’ arwah sekiranya masih ada lagi. Itulah yang terbaik.

Mengenai David Teo pula, mungkin bahasanya yang digunakan itu salah dan tidak kena dengan tempatnya. Mungkin beliau maksudkan ‘minta bantuan’ dan jadi pulak ‘minta sedekah’. Harap David Teo tampil dengan penjelasannya yang lebih munasabah.

p/s : Al-Fatihah untuk Allahyarham Bob Kuman….

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.