Salih Yaacob Nekad Bersara, Bukan Kerana Politik | Salih Yaacob dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya bersama Nabil dalam siri video berjudul Bangkang dari Longkang yang tersebar di laman Youtube sejak minggu lalu. Sehinggakan ada laporan mengatakan Salih Yaacob akan bersara dari bidang hiburan kerana ‘tekanan’ berkenaan.

Namun dalam laporan murai.com.my, Salih Yaacob menafikan dia bersara kerana kecaman dari lakonannya dalam video berkenaan. Salih Yaacob berkata keputusan untuk bersara itu telah dibuat lama sejak beberapa tahun lalu. Oleh itu, Salih Yaacob, 52, berkata dia akan tetap berpegang dengan keputusannya untuk bersara dari dunia hiburan pada penghujung tahun ini.

salih_yaacob

“Insya Allah saya akan bersara pada penghujung tahun ini iaitu selepas kontrak saya tamat dengan radio Sinar FM. Namun semua itu ikut juga pada ketentuan dan perancangan Allah juga. Sebenarnya kalau hendak diikutkan, saya mahu bersara pada usia 50 tahun lalu. Maknanya kini target saya untuk berhenti sudah terlebih. Isu video berkenaan bukan alasan utama tetapi ia telah menguatkan lagi alasan saya untuk berhenti daripada dunia hiburan,” katanya kepada murai.com.my.

Salih Yaacob memberitahu keputusan untuk berhenti diambil lebih kepada untuk memberi tumpuan kepada keluarganya bersama 4 orang isteri setelah 33 tahun berada di dalam industri hiburan tanah air.

“Saya mengambil keputusan untuk bersara ini hanya untuk anak-anak. Kadang-kadang bila terlalu sibuk bekerja, membuatkan saya tidak sempat melihat anak-anak saya membesar. Sedar-sedar mereka kini sudah meningkat dewasa, dan saya sebenarnya sudah banyak tertinggal momen-momen indah bersama mereka. Lagipun saya berada di dalam industri ini bukan setahun dua. Rasanya sudah lama sangat dan saya akui memang sudah penat,” jelasnya lagi.

Selepas bersara Salih Yacob memberitahu dia mahu menumpukan sepenuhnya dalam bidang perniagaan selain keluarga. Katanya dia kini sudah bergerak dalam dunia pernigaan iaitu perniagaan pembancuh kopi, SY Café dan penternakan ikan Arwana.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.