Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  Mahu Kerajaan Umum Lokasi Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)? | Berikut merupakan permintaan SAMM kepada kerajaan agar kerajaan beritahu semua orang mengenai lokasi dimana kamera AES dipasang. Permintaan yang dianggap pelik dan langsung tidak masuk akal. Untuk apa kita tahu lokasi berkenaan?

Jika pengguna jalan raya tahu lokasi kamera ‘speed trap’ dipasang, ianya seolah-olah budak sekolah dapat soalan bocor. Bila dapat soalan bocor semuanya jadi senang. Senang nak  menipu dan senang dapat markah lebih. Sama juga dengan kes ini, jika pengguna jalan raya tahu lokasi speed trap, memang mereka tak perlu risau akan ‘kehilangan duit’ akibat kesalahan had laju. Kerana mereka akan berhati-hati apabila melalui kawasan ‘panas’ yang telah dipasang kamera.

Selebihnya, mereka akan memecut seperti biasa. Kerana mereka sudah senang hati, kawasan berkenaan memang sah-sah tiada kamera speed trap? Jadi, apa fungsinya Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)? Sah-sah sistem berkenaan sudah gagal. Gagal mendidik pemandu yang tidak patuh pada undang-undang lalulintas. Tujuan utama kamera AES dipasang seharusnya menggerunkan pemandu agar lebih berhati-hati dan tidak memandu melebihi had laju. Jadi kalau kita memang jenis memantuhi undang-undang jalan raya, kenapa perlu takut?

Baca kenyataan SAMM dibawah :

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar Kementerian Pengangkutan mengumumkan lokasi-lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang akan ditempatkan di seluruh negara supaya pengguna lebih berhati-hati menggunakan jalan raya semasa musim perayaan.

Penyelaras Kebangsaan SAMM, Yaser Sheikh Abd Rahman berkata, jika pihak berkenaan gagal untuk mengumumkan lokasi-lokasi kamera, ia jelas menunjukkan sikap mereka yang mahu mengaut keuntungan semata-mata, bukan meningkatkan kesedaran pengguna kepada “perception of being cought” seperti yang dimahukan kerajaan.

“AES merupakan sistem perangkap kesalahan lalu lintas yang mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini dan pemilik kenderaaan boleh disaman hingga maksimum RM2,000 kerana sistem ini,” katanya.

Sistem ini merupakan penguatkuasaan secara automatik iaitu keseimbangan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 hingga 2010. Sistem penguatkuasaan yang mapan mampu mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

AES mampu mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja kesalahan lalu lintas dilakukan dan maklumat akan terus dihantar secara ‘real time online’ ke Pusat Kawalan AES bagi diproses seterusnya saman dikeluarkan secara automatik melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Justeru, SAMM mahu menuntut pihak berkuasa melalui PDRM agar bersikap benar-benar ikhlas bagi menangani perkara ini.

“Walaupun terdapat banyak bantahan tetapi terhadap penswastaan saman lalu lintas, seperti biasa kerajaan tidak mempedulikan suara rakyat dan tetap melaksanakan sistem saman yang akan menguntungkan pemodal besar ini,” jelasnya.

Adakah pemintaan seperti ini sesuai dengan tujuan dan peranan ‘speed trap’?

Bagi ammboi permintaan SAMM adalah khas untuk mereka yang memang ‘suka melakukan kesalahan undang-undang’ sahaja. Suka membahayakan nyawa orang lain dan mementingkan diri sendiri!

Kalau nak tahu sangat lokasi SpeedTrap jom terjah sini, namun ianya bukan info rasmi. —> KAWASAN DAN LOKASI SPEED TRAP 2012

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.