Samsung Lancar ATIV Smart PC dan ATIV Smart PC Pro | Samsung memperkenalkan komputer peribadi (PC) pintarnya, Samsung ATIV Smart PC dan Samsung ATIV Smart PC Pro. Kedua-dua barisan terbaru PC pintar Samsung itu direka khas bagi meningkatkan produktiviti dan mobiliti selain memberi pengalaman berbeza kepada pengguna.

Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, produk terbaru keluaran syarikat itu akan memberi kelainan kepada pasaran di negara ini sekali gus memenuhi keperluan gaya hidup konsumer pada masa ini.

“Siri Samsung ATIV Smart PC adalah inovasi dinamik daripada rakan kongsi kami iaitu Microsoft yang meliputi kajian mendalam mengenai apa yang diperlukan oleh pengguna. Kami juga percaya ini adalah alat yang menjanjikan kelebihan prestasi mobiliti serta membawa peningkatan produktiviti kepada pengguna secara konsisten dan pantas,” katanya pada majlis pelancaran PC pintar Samsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Model baru terbabit didatangkan dengan ciri ditambah baik iaitu mempunyai skrin pelbagai sentuh, Windows 8 OS, paparan penuh HD LCD 11.6-inci dan Pemproses Intel. Lebih menarik, paparannya boleh diasing daripada papan kekunci dan digunakan sebagai tablet.

Harga Samsung ATIV Smart PC bermula dari RM2,499 dan manakala harga Samsung ATIV Smart PC Pro bermula dari RM3,599 dan boleh didapati di semua pengedar rasmi Samsung di seluruh negara. Selain Samsung ATIV Smart PC dan Samsung ATIV Smart PC Pro, Samsung turut menampilkan produk baru Samsung All-In-One (AIO) PC Siri 7 yang menjanjikan ciri inovatif dan kebolehan memproses luar biasa.

“Samsung AIO adalah kejuruteraan ketukangan terbaik Samsung yang direka dengan gaya tersendiri selain mempunyai skrin sentuh serta beberapa pakej prestasi terbaik dalam Windows 8 OS serta mampu melakukan pelbagai tugasan,” katanya. – myMetro


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.