Mungkin sesiapa yang pernah siang ikan darat (ikan puyu, keli dan sebagainya) pernah alami situasi seperti ini. Tapi pada yang tak pernah, mungkin video ini akan membuatkan anda terkejut dan mendebarkan.

Sanggupkah anda makan ikan yang tak mahu mati ini? – Biasanya ikan darat ini memang susah nak mati walaupun kita sudah menyiangnya ataupun kepalanya sudah dipotong. Tapi berdasarkan pengalaman ammboi, tak adalah sampai susah nak mati macam ikan dalam video dibawah ni.

SANGGUPKAH ANDA MAKAN IKAN YANG TAK MAHU MATI INI 2

Berdasarkan video tersebut, ikan berkenaan sudah pun dipotong kepalanya. Isi dan perutnya pun sudah dibuang.

SANGGUPKAH ANDA MAKAN IKAN YANG TAK MAHU MATI INI 4

Walaupun nampak macam tidak ada apa-apa tapi semuanya bermula apabila si pemotong cuba untuk membuang sisik ikan. Ikan itu masih bergerak dan bertindak balas dengan apa yang cuba dilakukan oleh si pemotong itu.

SANGGUPKAH ANDA MAKAN IKAN YANG TAK MAHU MATI INI 3

Ya, tidak dinafikan semangat ikan ini untuk hidup memang tinggi. Video yang akan anda saksikan ini sangat kelakar apabila dengar si pemotong dan rakan yang merakam perkara ini sama-sama berteriak terkejut berbaur takut.

SANGGUPKAH ANDA MAKAN IKAN YANG TAK MAHU MATI INI 1

Jom tengok video pendek bagaimana kesudahan ikan ini akhirnya. Kami ketawa kerana tidak tahan mendengar telatah individu di dalam video ini. Menyiang ikan tidak pernah seseronok begini.

Apa pendapat anda mengenai perkongsian ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen. [sumberasal]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.