Pepagi lagi ammboi dengar cerita pasal orang ‘naik minyak’. huhu nak minum pagi pun tak senang. Ammboi amik mee hun goreng + telur dadar tanpa banyak soal terus je bayar kat kaunter. Minum? Air orang tua…TEA O. hehe. …Dalam ati ammboi sapa la pulak yang gatal mengamuk pepagi buta yang mulia ni. Dasat betul la. Ammboi pun cuba la nak selidik (busy body) untuk mengetahui cerita yang sebenarnya.

Sepai punya sepai rupa-rupanya diorang dok bising pasal harga minyak naik lagi. MAk oooiiii, naik plak ke minyak? Berapa??? 5 SEN!!! Banyak gak tu. Huhu.. Ammboi termenung panjang. Dah la abang GEN2 ammboi makan minyak dekat ngan RM80 seminggu sebelum ni, sekarang naik lagi 5 sen maka bertambahla bajet minyak ammboi.

Tu la ko, sapa suh pindah pi duk PUTRAJAYA! bisik ati ammboi.. Sabar jela, nak buat mcm mana kan. Kita cuma insan biasa sahaja. Tapi makin bersirap naik darah ammboi bila ada yang jenis amik kesempatan ni. Naik harga makanan la, naik harga ayam la. AYAM? konfom naik la tu……


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.