Sebelum ini Sarimah berhasrat untuk merahsiakan hubungan istimewanya dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau dikenali dengan panggilan Jamie. Bagaimanapun bagi mengelakkan cerita kurang menarik keluar, dia akhirnya akur untuk memperkenalkan kekasihnya itu.

Alkisahnya bermula dari Kempen Desperately Seeking Sarimah (DSS) yang dianjurkan oleh Mix FM merupakan idea daripada Rod, teman penyampai Sarimah Ibrahim dalam segmen Mix Breakfast yang bersiaran dari jam 6.00 pagi sehingga jam 10 pagi di Mix FM setiap Isnin hingga Jumaat. Semuanya bermula apabila Rod mengadakan kempen DSS, untuk mencari ‘pasangan’ buat Sarimah. Pemenangnya berpeluang untuk memenangi makan malam bersama Sarimah.

sarimah dan tunku nadzimuddin

“Kempen DSS ini bermula sebulan lalu. Rod cuba umencari seseorang untuk saya. Tapi masalahnya, apabila dia melakukan kempen ini, dia terus buat tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Saya faham, niatnya begitu baik, dia sudah saya anggap sebagai seorang abang kepada saya, jadi saya hanya diamkan diri dan ikut sahaja segala perancangan yang ada,” ujar Sarimah.

Menerima lebih kurang 60 penyertaan awal, penyertaan telah disenarai pendek kepada lima orang peserta. Lima orang peserta tersebut dibawa ke studio Mix FM untuk ditemubual dan akhirnya, senarai calon hanya tinggal tiga orang sahaja. Sarimah harus memilih seorang pemenang untuk menjadi pemenang bagi kempen itu.

“Saya tidak mahu memilih. Saya bercakap dengan teman lelaki saya, Jamie, apa perlu saya buat. Akhirnya, kami putuskan, apa kata kalau hubungan kami diberitahu kepada semua. Pada malam itu, saya membawa ketiga-tiga mereka ke majlis makan malam tersebut. Semua krew Mix FM juga ada di sana. Saya minta maaf kepada mereka semua dan memberitahu perkara yang sebenar,” ujar Sarimah lagi.

“Namun begitu, semua orang ingat saya berdalih, termasuklah Rod. Rod mencabar saya untuk menghubungi Jamie. Selepas itu, Rod masih menganggap saya masih lagi ‘menipu’. Akhirnya saya bawa Jamie untuk ditemuramah di Mix FM,” jelas Sarimah panjang lebar.

Dalam pada itu, Sarimah sempat mengulas tentang hubungan terbarunya dengan lelaki Melayu memandangkan sebelum ini dia dilihat cenderung memilih lelaki berbangsa asing,

“Sebelum ini, saya akui tidak pernah keluar dan berkenalan bersama dengan jejaka Melayu. Selama 15 tahun dalam industri, saya juga selalu dihujani dengan soalan kenapa saya asyik keluar dan bercinta dengan jejaka Mat Saleh sahaja. Orang selalu stereotaip, kalau Sarimah, pastinya dengan jejaka berbangsa Inggeris. Saya bukan pilih, tetapi sudah jodoh dan ketentuan saya sebelum ini dengan berbangsa asing,” ujar wanita tinggi lampai itu lagi.

“Jika tiada kempen DSS ini, kemungkinan saya akan menyimpan rahsia hubungan saya bersama Jamie lebih lama lagi. Mungkin selepas beberapa bulan. Tetapi tidak baik juga untuk saya berdalih dengan yang lain, jadi sebelum keluar cerita kurang menarik, lebih baik saya terangkan segala-galanya,” ujar Sarimah.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.