Saya Alam Kahwin? Mengarutlah – Fouziah Gous | Selepas pemergian ayah tercinta pada 11 Ogos baru-baru ini, pelakon cantik Fouziah Gous mengakui fikirannya masih lagi terganggu. Walaupun sudah mengambil cuti panjang daripada sebarang aktiviti seni, menurut Fouziah sehingga kini dia masih sukar untuk memberikan tumpuan ketika berlakon.

Ayah Fouziah, Mohd. Gous Ghulam , meninggal di umur 76 akibat sakit tua. Katanya, emosi beliau kini sudah stabil namun perasaan sedih itu masih ada. Sepanjang dua minggu berada di rumah, dia langsung tidak keluar. Malah tahun ini sambutan hari raya juga tidak bermakna buat diri dia dan keluarga.

Apapun kini Fouziah sudahpun kembali ke set penggambaran. Menurut Fouziah dia kini sibuk memenuhi kembali jadual penggambaran yang tertangguh. Memandangkan cuti mengejutnya banyak mengganggu jadual kerja produksi, dia kini terpaksa berhempas pulas untuk memberi komitmen kerja agak tidak menyusahkan mana-mana pihak.

“Saya baru sahaja pulang dari negara Morocco, untuk penggambaran telemovie berjudul Jauh bersama Adi Putra dan Anzalna. Sementara itu juga saya kembali memenuhi masa dengan jadual penggambaran kini. Bagaimanapun saya bersyukur kerana pihak produksi faham dengan keadaan saya kini, dan mereka banyak bertoleransi,” katanya.

Menyentuh soal kahwin bagi pelakon drama bersiri Trilogi Cinta ini masih terlalu samar untuk dia merungkai kisah cintanya. Malah dia sendiri terkejut dengan perkhabaran yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan.

“Siapa yang pandai-pandai buat cerita saya nak kahwin? Saya masih dalam keadaan bersedih dan langsung tidak fikirkan hal itu lagi. Buat masa ini saya mahu memberi fokus kepada kerjaya saya dahulu. Sememangnya saya sendiri hairan bagaimana berita ini boleh tersebar,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.