‘Saya Akan Kemukakan Semua Bukti’ – Shahz Jaszle Anggap Kenyataan ‘Wanita Aneh’ Keterlaluan | Isu khalwat melibatkan pelakon lelaki, Shahz Jaszle nampaknya makin panas. Dia dan pasangannya yang ditangkap khalwat pada 16 Mei 2013 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Pangsapuri Taman Sri Subang, kira-kira jam 3.30 pagi kini saling berbalas kenyataan.

Sebelum ini, Shahz Jaszle menjelaskan bahawa dia telah diperangkap oleh pihak yang berkenaan. Kemudian, wanita berkenaan pula menafikan tuduhan Shahz Jaszle dan mendakwa tiada sesiapa perangkap aktor berkenaan [Baca laporan penuh disini → https://www.ammboi.com/2013/06/18/isu-khalwat-kekasih-aktor-tampil-nafi-dakwaan-perangkap/]

shahrizal_jazle

Hari ini pula dalam satu laporan BH Online, Shahz Jaszle berkata tindakan seorang wanita yang tampil membuat kenyataan kepada sebuah program hiburan hujung minggu lalu sebagai keterlaluan serta boleh mengeruhkan lagi keadaan. Bagi menjelaskan apa yang berlaku, pelakon itu berhasrat mengadakan sidang media dalam waktu terdekat untuk mendedahkan segala-galanya, termasuk dakwaan mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita terbabit.

“Saya akan mengemukakan semua bukti, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur paksaan yang dihantar kepada saya. Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya? Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon? Sepatutnya saya dan peguam mahu memberikan fokus pada kes khalwat, tetapi nampaknya wanita itu bertindak melampau. Dia sudah keterlaluan, jadi saya tidak boleh berdiam diri walaupun dinasihatkan menutup mulut,” katanya.

Selama berkenalan dengan wanita itu, kata pelakon ini, dia tidak pernah berjanji apa-apa dengannya. Menurutnya, dia mengenali wanita yang juga seorang kru dan pelakon tambahan itu ketika terbabit dalam penggambaran drama Lembayung Kasih Mu. Mungkin sikapnya yang mudah mesra membuatkan wanita terbabit menyalah tafsir niatnya. Shahz Jaszle keliru kenapa wanita berkenaan berani mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan mereka baru berkenalan tidak sampai sebulan?

“Dia memang suka mendesak, malah sanggup ke rumah keluarga untuk mencari saya,” katanya sambil menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan wanita ‘misteri’ itu, seperti didakwa. Kami kenal tiga minggu saja, jadi bagaimana dia boleh mendakwa kami mempunyai hubungan istimewa? Dia mengeluarkan gambar kami berdua, seolah-olah hendak membuktikan kami mempunyai hubungan intim.

“Memang saya mengaku itu gambar saya, tetapi ia diambil sewaktu di lokasi penggambaran. Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami. Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah.

“Mungkin kerana masih gagal memisahkan kami, dia menggunakan cara lain pula untuk memburukkan lagi keadaan. Memang saya sangat terkejut dengan tindakannya dan ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya pada kerja. Mujur tunang saya memahami dan mengenali siapa saya. Dia seorang yang pelik kerana selepas kes khalwat itu, dia tidak menunjukkan rasa bimbang atau serba-salah dengan apa yang berlaku. Seumur hidup, saya belum pernah berjumpa dengan manusia seanehnya,” katanya dipetik dari BH Online.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.