‘Saya Begitu Berbangga Apabila Dikaitkan Dengan Ramai Wanita’ – Fauzi Nawawi | Fauzi Nawawi antara aktor di Malaysia yang banyak dikaitkan dengan hubungan istimewa dengan beberapa pelakon wanita. Namun itu semua langsung tidak diambil negatif oleh Fauzi malah beliau menjelaskan bahawa dia bangga dengan kontroversi berkenaan.

Jelasnya, sebagai seorang lelaki tulen, adalah menjadi kebanggaannya apabila dia sering dikaitkan mempunyai hubungan ataupun skandal dengan ramai wanita. Menurut Fauzi, hal itu membuktikan lelaki sepertinya yang sudah mencecah usia 40 tahun serta mempunyai enam orang anak masih lagi “laris” dan mendapat perhatian.

fauzi nawawi dan lisdawati

“Ya… saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku,” katanya dalam laporan mStar Online.

Sebelum ini, Fauzi sering dikaitkan dengan beberapa orang wanita termasuklah pelakon Ida Nerina serta Zarina An-Joulie dan pelbagai kontroversi lain yang dinafikannya. Isu mengenai pergaduhan isterinya iaitu pelakon Lisdawati dengan Rita Rudaini tujuh tahun lalu juga dipercayai berpunca apabila Lisda dikatakan cemburu dengan hubungan baik Fauzi dan aktres itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.