Saya Belum Ada Calon Suami – Rozita Che Wan | Boleh dikatakan mana-mana ruangan hiburan akan menyiarkan mengenai kontroversi atau gosip membabitkan Rozita Che Wan. Beliau kini menjadi sasaran media untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu perkahwinannya dan skandal dengan ahli perniagaan. Dibawah ammboi nak kongsikan juga penjelasan Rozita Che Wan mengenai isu berkenaan.

Selepas digosipkan bercinta dengan Shahir AF8, Zain Saidin dan Beego, terbaharu dia digosipkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan bernama Bob. Mengenai isu bakal berkahwin dengan jejaka bernama Bob, Rozita menyatakan cerita itu tidak benar. Semuanya adalah fitnah. Beliau juga menolak cerita dirinya bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Rozita menyatakan mungkin gosip itu timbul sebab dia masih tidak kahwin-kahwin lagi.

Rozita juga menafikan dirinya mengenali jejaka berkenaan. Katanya, “saya juga tidak ada berkawan dengan ahli perniagaan bernama Bob.” Bila ditanya bila dia akan berkahwin, Rozita menjelaskan macam mana dia hendak kahwin jika calon pun belum ada. “Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah,” jelasnya lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.