Saya Belum Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan – Raja Farah | Agak lama juga tidak melihat wajah Raja Farah dalam mana-mana terbitan filem mahupun drama terbaru. Adakah Raja Farah sudah berhenti berlakon? Mahu bersara dari bidang lakonan? Atau ada masalah lain yang melanda beliau?

Memetik laporan mStar Online, Raja Farah mengakui masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia lakonan walaupun dia kini kelihatan menyepi selepas mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010. Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 24, berkata, dia masih sayangkan dunia lakonan namun terpaksa membataskan kerjayanya itu kerana meletakkan rumah tangga sebagai keutamaan.

“Suami tidak pernah menghalang saya berlakon namun dia ada memberikan syarat iaitu hanya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga 11 malam sahaja. Sebagai seorang isteri saya terima syarat itu dan atas dasar itu juga saya agak menghadkan aktivit lakonan dan hanya mengambil watak yang sesuai sahaja,” katanya dalam portal mStar Online.

Tambah Raja Farah, dia masih mendapat tawaran lakonan daripada syarikat produksi namun terpaksa menolak kerana tidak sesuai dengan jadualnya. Jelasnya, dia terpaksa menolak kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi jika terpaksa balik awal dari lokasi penggambaran dan hanya mengambil tawaran yang sesuai sahaja.

Dalam pada itu, Raja Farah memberitahu, dia bakal muncul sebagai pengacara program Soal Wanita yang bakal bersiaran di saluran TV Al Hijrah dalam masa terdekat ini. Raja Farah berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk bergelar seorang pengacara dan tidak mempersia-siakan peluang yang datang kepadanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.