“Saya beri satu syarat!” – Tun Dr Siti Hasmah | Selepas hampir setahun memujuk, merayu, menganggu dan meraih simpati akhirnya tokoh negarawan tersohor YABhg Tun Dr Siti Hasmah bersetuju untuk kisah peribadinya ‘didedahkan’ kepada umum menerusi Tribute Teater Tun Dr Siti Hasmah – Dari Hati Seorang Perempuan yang akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 9 November hingga 19 November depan, demikian laporan malaysiandigest.com.

Pada mulanya Tun Siti Hasmah tidak bersetuju kerana merasakan dirinya hanyalah seorang insan biasa. Beliau berasa malu dan segan jika kisah dirinya jadi tontonan. Padanya, tidak ada apappun yang boleh diceritakan tentang diri beliau. Malah beliau mengatakan ilmu pengetahuan dan bakti yang dicurahkan amat kurang. Diri serta pengalaman hidupnya terlalu kerdil, masakan beliau boleh berkongsi dengan rakyat secara keseluruhan.

Bagaimanapun pintu hati isteri kepada mantan Perdana Menteri ke-4 kita ini mula terbuka dengan meletakkan satu syarat kepada pihak penerbit iaitu World Islamic Network Television milik Datin Paduka Umie Aida dan suaminya.

“Kalau degil nak terbit juga Tribute’ teater ini, persembahkan lah segala pengalaman kerdil saya yang boleh dikongsi iaitu khidmat saya kepada negara sebagai seorang doktor wanita pertama Melayu yang menempuh pelbagai dugaan semasa menjalankan tugas.

“Saya berharap dengan cara itu sekurang-kurangnya dapat memberi iktibar dan motovasi kepada kaum wanita agar menyuntik semangat bagi mereka secara cemerlang di tanah air kita. Juga kepada para doktor dan bakal bakal doktor bahawa khidmat ereka di kawasan pedalaman amat diperlukan”, ujarnya yang turut hadir di majlis sidang media teater tersebut bertempat di Istana Budaya, semalam.

Membuka sedikit cerita mengenai kisah hidupnya, Tun memberitahu yang beliau mula bertugas sebagai doktor selepas negara mencapai kemerdekaan. Cabaran getir yang dilalui ialah apabila dihantar bertugas di kawasan kampung yang ketika itu cukup kuat dengan kepecayaan serta amalan perubatan tradisonal. Lantaran Tun berdepan dengan pelbagai kerenah orang-orang kampung yang tidak yakin pada perubatan moden.

Banyak lagi kisah menarik-sebagai seorang anak, kakak, adik, isteri dan ibu yang tidak pernah kita ketahui mengenai Tun, akan didedahkan dalam teater ini nanti.

Diarahkan oleh pengarah bukan calang-calanng iaitu Erma Fatima. Teater yang diyakini menjadi pementasan paling terbaik bagi tahun 2012 ini diterajui barisan bintang seperti Datin Sofea Jane, Lisa Surihani, Esma Daniel, Nazim Othman dan ramai lagi.

Dan pastinya kita nak tahu bagaimana agaknya bibit-bibit cinta Tun Siti Hasmah dengan Tun Mahathir, kan? Serta bagaimana hidup beliau sepanjang ‘bermadu’ dengan rakyat. Inilah masanya kita terokai rahsia wanita pertama negara ini. Jumpa nanti di Istana budaya. (sumber malaysiandigest.com)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.