Saya Bimbang Jika Isu Kerakyatan Dipersoalkan – Elfaeza Ul Haq | Nama Elfaeza Ul Haq mungkin agak kurang dikenali kerana beliau boleh dikatakan masih baru dalam industri seni Malaysia. Elfaeza yang berasal dari Singapura ini antara pelakon pembantu dalam siri drama yang tengah popular kini, Adam & Hawa.

Elfaeza memberitahu dia bersyukur kerana drama bersiri popular itu telah menjadi batu loncatan buatnya untuk menonjol sebagai pelakon di Malaysia. Malah kata Elfaeza, dia berasa bertuah dapat berlakon disamping Aaron Aziz dan Nadiya Nissa yang disifatkan sebagai pelakon yang berbakat dan tidak lokek dengan ilmu.

“Barangkali saya masih belum benar-benar dikenali kerana hanya memegang watak pembantu bagaimanapun ia adalah platform terbaik buat saya untuk menimba ilmu daripada pelakon-pelakon berbakat yang tidak lokek dengan ilmu,” ujarnya.

Bagaimanapun Elfaeza Ul Haq berasa risau jika isu kerakyatannya dipersoalkan oleh pihak tertentu seperti mana berlakunya kepada pelakon Aaron Aziz dan Adi Putra sebelum ini. Elfaeza berkata, kehadirannya ke Malaysia untuk bergelar pelakon adalah dengan niat untuk menimba pengalaman selain percaya peluang yang lebih luas diberikan di negara ini.

“Industri perfileman di Malaysia lebih besar berbanding Singapura yang terhad dan peluang di sini lebih terbuka. Tambahan pula setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menghasilkan sesebuah drama atau pun filem. Lebih penting saya ingin menimba pengalaman dan belajar daripada produksi tempatan bagaimana cara mereka bekerja,” ujarnya dalam portal mStar Online.

Tambah Elfaeza, dia juga sebelum ini memang berhasrat untuk keluar dari Singapura kerana mahu menimba ilmu dan memilih Malaysia sebagai jiran paling dekat. Katanya dia berasa lebih selamat di Malaysia tambahan pula Malaysia dan Singapura berjiran.

p/s : kalau dikenali kerana bakat memang orang pun tak boleh nafikan, apatah lagi kedatangannya ikut saluran yang betul… apa kata Zed Zaidi?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.