Rasanya ramai peminat Almy Nadia terkejut apabila pelakon kesayangan mereka itu disenaraikan dalam barisan selebriti untuk rancangan Super Spontan 2 (2013). Berdasarkan apa yang kita tahu, program itu membariskan peserta yang terdiri dikalangan pelawak kerana mereka perlu berlawak dalam rancangan itu.

Oleh itu, tidak mengejutkan kalau Almy sendiri berkata dia berasa agak gementar dan gugup untuk menyertai program ini kerana merasakan dirinya belum layak digelar pelawak walaupun telah beberapa kali membintangi drama bergenre komedi sebelum ini.

gambar almy nadia bertudung

Maka timbul spekulasi sama ada Almy Nadia akan terus menyahut cabaran dalam Super Spontan 2 atau menarik diri di saat akhir seperti mana yang berlaku pada Super Spontan musim pertama dulu di mana model dan hos terkenal, Daphne Iking menarik diri di saat akhir.

Mengikut perancangan asal, Daphne Iking telah diperkenalkan sewaktu sidang media pengenalan Super Spontan di mana dia sepatutnya menyertai pasukan Angsa Ganas. Namun sewaktu episod pertama Super Spontan, kelibat Daphne Iking telah digantikan Nana Mahzan dan Daphne kemudiannya memberitahu dia terpaksa menarik diri kerana terlibat dengan komitmen lain.

Jadi mungkinkah senario yang sama akan berulang musim ini dan adakah Almy Nadia telah benar-benar bersedia untuk bersaing dalam Super Spontan 2? Sama-sama kita nantikan episode pertama Super Spontan 2 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.