Fuh, hebat juga kontroversi yang melanda pelakon Hanez Suraya. Ekoran pendedahan dari isteri kepada kekasih gelapnya, Liyana Manan baru-baru ini, Hanez Suraya menerima pelbagai kritikan dan komen pedas daripada peminat. Turut menjadi sasaran adalah laman Instagram Hanez Suraya yang menjadi tempat untuk peminat melepaskan geram dan menghinanya dengan pelbagai kata-kata kesat.

Bagaimanapun menerusi laporan GUA, Hanez menegaskan tindakannya berdiam diri bukan bermakna dia lari dari kontroversi itu. Hanez juga berkata, tidak tertekan dengan apa yang sedang terjadi tetapi sedih dengan sikap orang ramai terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap dirinya. Hanez juga berkata dia tidak terkejut dengan pendedahan dari Liyana Manan.

hanez suraya rampas suami orang

“Saya tak terkejut pun sebab sudah tahu dari awal dia pasti buka mulut,” kata pelakon Hanez Suraya berhubung kontroversi hubungannya dengan usahawan dikenali sebagai R yang kecoh diperkatakan dua minggu kebelakangan ini.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini. Nantikan sidang media yang akan saya adakan selewat-lewatnya Rabu ini. Saya mohon semua untuk bersabar. Saya bukan nak melarikan diri tapi buat masa ini saya memang tak mahu memberikan komen. Harap semua faham.”

“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah.”

“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya.”

“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki.”

Harap semua banyakkan bersabar dan berikan peluang untuk Hanez pula berikan penjelasannya. Dijangkakan, Hanez akan mengadakan sidang media selewat-lewatnya pada Rabu ini untuk menjelaskan hal tersebut.  Jadi sama-sama kita nantikan apa yang ingin diperkatakannya.

p/s: Tak sabar hendak menunggu sidang media yang bakal dilakukan oleh Hanez Suraya. Diharap Mr. R akan ada sekali…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.