Saya Bukan Pertikai Aaron Aziz Tapi Randy Pangalila – Zed Zaidi | Ramai yang salah faham dengan kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi bila portal murai.com.my paparkan kenyataannya tentang : Saya Bersuara Tegakkan Undang-Undang sebagaimana yang ammboi turut siarkan dalam blog ini juga.

Ramai yang ingat kenyataan Zed Zaidi tersebut ditujukan untuk aktor Aaron Aziz. Padahal, aktor Aaron Aziz tidak ada kena-mengena langsung isu yang diperkatakannya. Semua orang pun tahu, Aaron Aziz dah jadi penduduk tetap Malaysia. Waktu dia menang Bintang Paling Popular dulu pun, dia dah jadi penduduk tetap di negara ini. So, kes Aaron Aziz dan tutup dan dah selesai. Lagipun dia berkarya kat Malaysia bukan negara lain.

Tapi, apa yang cuba Zed Zaidi suarakan baru-baru ini adalah mengenai aktor dari seberang iaitu Randy Pangalila yang telah muncul dengan sebuah program raya tempatan. Yang menjadi kemusykilan Zed Zaidi ialah bagaimana Randy Pangalila mampu bekerja di sini tanpa permit kerja sedangkan perkara itu sudah pun termaktub di dalam undang-undang di negara ini menerusi Finas. Bahawasanya, mana-mana artis luar yang mahu menjayakan penggambaran di negara ini, perlulah mempunyai permit kerja sepertimana yang turut diamalkan di negara lain termasuklah Indonesia sendiri.

Zed Zaidi juga tidak menyalahkan sangat Randy Pangalila tetapi mempertikaikan Finas yang boleh terlepas pandang tentang hal tersebut, begitu juga dengan syarikat produksi yang mengambil Randy bekerja. Mengapa mereka tidak berbuat apa-apa dan membiarkan saja perkara itu berlaku.

Jadi jelaslah bahawa Zed Zaidi bukan cakap kosong atau main sedap mulut nak kata. Ini kerana sememangnya sah bahawa kes berkenaan berlaku. Tindakan Zed Zaidi bagi ammboi kena dengan situasi. Takkala artis tempatan susah nak cari makan, kita layan pula lambakan artis luar di Malaysia ini. Lagi satu, nak datang bekerja pun mesti ikut undang-undang, jangan main hentam keromo sahaja.

Saya Bukan Pertikai Aaron Aziz Tapi Randy Pangalila – Zed Zaidi (sumber murai.com.my)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.