Nampaknya kontroversi membabitkan isu berkenaan Lana Nordin dan Johan As’asri masih belum reda. Ada kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh keluarga Johan As’ari semalam mengenai isu percintaan mereka dihalang keluarga aktor tersebut.

Kali ini, Lana Nordin pula membidas Johan dan  menegaskan dia bukan seorang wanita bodoh yang senang dipermainkan oleh lelaki dalam soal cinta. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Haan Nordin, 34, berkata, dia menghadapi situasi putus cinta dengan pelakon Johan As’ari dengan bijak dan matang.

Lana Johan

“Saya tidak pernah berasa seperti wanita bodoh dengan apa yang telah berlaku di antara saya dengan Johan kerana saya sebenarnya bijak dalam menghadapi situasi seperti ini. Jujurnya saya tenang tambahan pula usia saya pun telah menjangkau 34 tahun dan banyak pengalaman tentang cinta sudah saya tempuh. Saya dah tahu apa patut dilakukan untuk mempertahankan diri sendiri,” katanya dalam satu portal berita online.

Mengulas mengenai komen ahli keluarga Johan yang tidak menghalang mereka bercinta, Lana berkata, dia tidak mahu mengulas perkara itu kerana merasakan pada tahap ini campur tangan keluarga tidak sepatutnya berlaku. Jelas Lana, sebagai lelaki dewasa, Johan sepatutnya lebih matang dan mampu menguruskan hal peribadinya tanpa campur tangan pihak keluarga.

“Jika anda perhatikan tiada seorang ahli keluarga saya tampil untuk campur tangan atau melatah mengenai isu ini kerana ia tidak penting pada mereka tetapi berlainan pula dengan Johan yang seolah-olah ‘menghantar’ ahli keluarga untuk menyelesaikan masalah. Lelaki dengan sikap itu bukan yang saya cari kerana hendak membuat keputusan juga tidak mampu apatah lagi untuk membimbing saya pada masa hadapan. Kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri,” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.