Susulan dari ‘saranan’ Fauzi Nawawi agar buat pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Sharnaaz telah berkunjung ke PPUM untuk membuat pemeriksaan berkenaan.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sharnaaz telah memuat naik sekeping gambar dia sedang memegang X-Tray yang menunjukkan beberapa bahagian kepalanya.

Gambar tersebut yang dinaikkan kira-kira jam 11 pagi Khamis, disertakan ‘caption’ berbunyi:

instagram sharnaaz ahmad

Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss

Ramai yang beranggapan tindakan Sharnaaz itu seperti menyindir Fauzi namun dia berkata dalam laporan Astro Gempak:

“Memang saya ada menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiogram) pada bahagian kepala saya pada awal bulan lepas kerana mengalami migrain yang teruk. Semua orang dilokasi tahu saya sering sakit kepala…Dari dulu lagi…Jadi saya pergi buat pemeriksaan bersama kakak saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Tetapi kalau ada yang terasa, apa saya boleh kata…Saya tak ada niat nak persenda atau perli sesiapa pun,” katanya.

Mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dia dan Fauzi, Sharnaaz memberitahu perkara ini telah diserahkan kepada peguamnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.