‘Saya Dan Aliff Aziz Hanya Kawan, Tidak Bercinta’ – Adira | Selain Nabila Huda, Adira juga antara artis wanita yang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Sejak dari awal kemunculannya, Adira tidak pernah terlepas daripada cerita-cerita panas. Boleh dikatakan namanya seringkali terkait disebabkan kontroversi tak diundang.

Pada awalnya dia dikatakan bercinta dengan penyanyi popular, Hafiz. Kemudian mereka dilaporkan berpisah. Selepas itu, nama Adira kini dikaitkan pula dengan penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz. Pasangan ini dikatakan hangat bercinta apatah lagi gambar kemesraan mereka berdua saling dimuat naik ke laman sosial masing-masing. Adira juga dikatakan punca hubungan Aliff dan Anne Ngasri (kini dan berkahwin dengan orang lain) terputus.

adira

Namun cerita percintaan Adira dan Aliff Aziz masih tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana pasangan ini saling tidak mengaku menjalinkan hubungan serius.

Menurut laporan Utusan Online, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi tenang menjelaskan situasi hubungannya dengan Aliff ketika diajukan persoalan berkenaan.

““Sebenarnya saya cukup selesa jika dikatakan kami berdua kini berkawan. Saya dan Aliff tidak pernah bercinta seperti apa yang dikatakan. Saya memang suka berkawan, dengan sesiapa pun saya akan berkawan, saya tidak kisah dengan siapa saya berkawan namun masing-masing perlulah ikhlas dalam berkawan. Sekiranya saya betul-betul bercinta dengan sesiapa sekalipun saya akan umumkan perkara tersebut, saya tidak akan sembunyikan perkara baik itu kepada semua.”

Berkenaan kisah kononnya Adira keluar bertemu janji dengan seseorang berstatus kerbat diraja sambil ditemani pengawal peribadi pula Adira menjelaskan itu semua mengarut.

““Saya tak pasti dari mana perkara ini boleh timbul, kadang-kadang saya nak tergelak pula dengar benda-benda pelik seperti ini. Mungkin orang salah nampak, mungkin itu orang lain yang sama wajahnya seperti saya. Sebab saya tidak pernah berada dalam keadaan seperti yang dikatakan itu. Memang pada kebiasaan saya keluar secara berkumpulan bersama pengurus serta rakan-rakan saya. Mungkin orang salah anggap dan mengatakan mereka adalah pengawal peribadi saya. “Sekali lagi saya katakan saya tidak pernah keluar temu janji bersama sesiapa pun dengan membawa pengawal peribadi. Semua khabar ini adalah mengarut,” tegas Adira.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.